Monday 7 July 2014

Warisan Melayu_Simpulan Bahasa...^^..

Warisan Melayu_Simpulan Bahasa...^^..

Simpulan Bahasa


@@@ Pengertian Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa adalah satu rangkaian perkataan yang dirumuskan
mengikut susunan tertentu untuk membawa sesuatu maksud tertentu.
Dari segi maksudnya ia membawa erti yang berlainan daripada
perkataan yang digunakan. Kita tidak boleh memberikan pengertian
terhadap sesuatu simpulan bahasa itu dengan hanya berdasarkan
makna tersuratnya sahaja kerana untuk memahami sesuatu simpulan
bahasa itu, kita semestinya melihat makna tersiratnya, iaitu makna
di sebalik yang  tersurat apa yang tertulis.

Dalam konteks simpulan bahasa, apabila kita memisahkan sesuatu
perkataan di dalamnya, ia akan menjadi perkataan yang tersendiri
dan hanya membawa makna asalnya sahaja. Sebaliknya, apabila
perkataan tersebut dirangkaikan dengan perkataan yang satu lagi,
maka maknanya akan berubah dari makna perkataan asalnya tadi.

Berdasarkan pengertian di atas, cuba perhatikan perkataan yang
diberikan ini:

1@ Makan
Makna asal perkataan ini ialah 'memamah atau mengunyah dan
kemudian menelan sesuatu bahan makanan'. Sebaliknya, apabila
perkataan ' makan' dirangkaikan dengan perkataan ' angkat'
menjadi simpulan bahasa: ' Makan angkat' Dalam konteks ini
makan angkat membawa pengertian seseorang yang suka dipuji.

2@ Buah
' Buah' dalam pengertian biasa diertikan sebahagian daripada
tumbuh-tumbuhan yang terjadi daripada bunga atau putik (biasanya
berbiji). Apabila perkataan ' buah' ini dirangkaikan dengan ' tangan',
maknanya juga telah berubah sama sekali. Buah tangan bukan
bermaksud buah-buahan lagi, sebaliknya membawa maksud ' barang-
barang yang dibawa untuk diberikan kepada seseorang ( sama ada
kepada kaum keluarga, sahabat handai ataupun kenalan) semasa
melawat mereka'.

3@ Anak Tangga
Simpulan bahasa ' anak tangga' bukan bermaksud ' kayu atau batu
atau besi yang menjadi mata tangga di sesebuah tangga' ( maksud
tersurat). Sebaliknya, simpulan bahasa ini membawa maksud tahap-
tahap yang harus dilakukan atau dilalui oleh seseorang untuk
meningkat maju di dalam sesuatu lapangan.

Begitulah juga dengan perkataan-perkataan lain yang membentuk
simpulan bahasa seperti makan suap, tumbuk rusuk, makan hati,
beri muka, buah hati dan hidung tinggi.


@@@ Penjenisan

Terdapat beberapa jenis simpulan bahasa dalam bahasa Malaysia.
Antaranya ialah:

A@ Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna.
B@ Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai erti yang sama.


## A@ Simpulan Bahasa yang Mempunyai Dua Makna.

Di antara simpulan bahasa yang tergolong dalam kumpulan ini ialah:

Ada Angin:
1@ Mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
2@ Sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.

Anak Buah:
1@ Seseorang atau orang-orang yang berada di bawah pengawasan
seseorang ketua seperti ketua pejabat atau penghulu.
2@ Anak saudara.

Langgar Bahasa:
1@ Bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar.
2@ Tingkah laku atau kelakuan seseorang yang tidak sopan.

## B@ Simpulan Bahasa yang Berlainan tetapi Mempunyai Erti yang
Sama.

Di antara simpulan-simpulan bahasa yang tergolong dalam kumpulan
ini ialah:

Muka Talam
Muka Tebal
Muka Tembok

*** Kesemua simpulan bahasa di atas bererti seseorang yang tidak
mempunyai perasaan malu.

Tua Keladi
Tua Kutuk
Tua Lengkuas

*** Simpulan bahasa ini bermaksud seseorang yang sudah lanjut
usianya tetapi berperangai tidak senonoh atau mempunyai perangai
yang jahat.


@@@ Sifat-Sifat.

Kata Nama Am

Di antara simpulan bahasa yang terbentuk dengan penggunaan kata
nama am ialah:

Anak Buah dan Anak Bulan ( Anak sebagai kata nama am)
Buah Tangan ( Buah sebagai kata nama am)
Buaya Darat ( Buaya sebagai kata nama am)
Hati Batu ( Hati sebagai kata nama am)
Ibu Keladi ( Ibu sebagai kata nama am)
Kuda Belang ( Kuda sebagai kata nama am)
Lada Api ( Lada sebagai kata nama am)
Nasi Kunyit ( Nasi sebagai kata nama am)

Kata Kerja ( Perbuatan)

Di antara simpulan bahasa yang tergolong dalam kumpulan ini ialah:

Ajak-Ajak Ayam ( Ajak sebagai kata kerja)
Berpegang Tangan ( Berpegang sebagai kata kerja)
Membuat Bodoh ( Membuat sebagai kata kerja)
Mengorak Langkah ( Mengorak sebagai kata kerja)
Pasang Telinga dan Pasang Badan ( Pasang sebagai kata kerja)

Kata Adjektif

Di antara simpulan bahasa yang menggunakan kata adjektif pula
ialah:

Berat Badan ( Berat sebagai kata adjektif)
Besar Hati dan Besar Kepala ( Besar sebagai kata adjektif)
Bodoh Sepat ( Bodoh sebagai kata adjektif)
Kecil Hati ( Kecil sebagai kata adjektif)
Tua-Tua Keladi ( Tua sebagai kata adjektif)

Kata Nama Khas

Terdapat juga simpulan bahasa yang menggunakan nama seseorang,
benda atau sesuatu kejadian yang diketahui umum sebagai sari
katanya. Antaranya ialah:

Abu Jahal
Ali Baba
Mat Jenin
Pak Belalang
Pak Kaduk

Nilai Kepercayaan

Terdapat juga simpulan bahasa yang dicipta berasaskan kepercayaan
yang terdapat di dalam masyarakat. Di antaranya ialah:

Air Pinang
Air Tawar
Batu Buyung
Buruk Siku
Makan Bulan


#### Peliharalah Bahasa Ibunda Negara Kita (Bahasa Melayu),
agar IdentitiNya tidak Luput dimakan keModenan zaman. ####

hangtuahcutelegacy.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..

No comments:

Post a Comment