Warisan Melayu_Simpulan Bahasa 2...^^..
Contoh-Contoh Simpulan Bahasa Dan Erti.
@@@ A: Aspek Manusia dan Alam Sekitar. 
** A **
Ada Angin: 
1@ Mempunyai kemahuan.
2@ Perasaan atau hasrat yang tinggi. 
Ada Bakat: 
Mempunyai beberapa sifat, kelebihan atau keutamaan di dalam sesuatu 
hal. 
Ada Buah: 
Mempunyai sebab ataupun tujuan yang tertentu. 
Ada Hati: 
1@ Mempunyai fikiran atau perasaan. 
2@ Ada kemahuan.
Ada Riak: 
Ada tanda-tanda bahawa akan terjadi sesuatu perkara. 
Adu Kening: 
Dipersandingkan ataupun diperhadapkan.
Ahli Kitab: 
Orang Yahudi serta Nasrani yang diberikan kitab Taurat dan Injil 
oleh Tuhan sebagai sumber pegangan mereka. 
Air Atma Jiwa: 
Air pelanjut umur dan sering digunakan untuk melanjutkan usia 
seseorang dengan bantuan Allah. 
Air Emas ( Tinta Emas): 
Sesuatu yang diingati untuk selama-lamanya. 
Air Keras: 
Air penahan yang digunakan supaya sesuatu barang yang disimpan 
itu tidak rosak ataupun musnah. 
Air Liur Basi: 
Sesuatu pertolongan yang dinyatakan ( dipinta) secara perkataan 
( lisan) sahaja dan tidak disertai dengan upah sedikitpun. 
Air Mati: 
1@ Air yang sudah dimasak.
2@ Air laut yang tidak pasang surut.
Air Muka: 
Gambaran perasaan seseorang, suka atau gembira.
Taraf kemuliaan seseorang. Maruah. 
Air Sembilan: 
Air pemandi mayat. 
Air Tawar: 
1@ Air yang tidak mempunyai apa-apa rasa, seperti tidak manis. 
2@ Air yang menjadi ubat ( penawar) sesudah dijampi oleh dukun 
atau pawang. 
Akal Panjang: 
Seseorang yang berfikiran matang dan luas ruang cakupan lingkup 
perbicaraannya. 
Akhir Zaman: 
Masa yang paling dekat dengan Kiamat ataupun masa di mana manusia 
sudah mulai melupakan perintah Allah. 
Alas Kaki: 
Memakai kasut atau selipar. 
Alas Kubur: 
Pembayar hutang yang ditanggung oleh si mati. 
Alas Perut: 
Memakan sedikit makanan untuk menahan lapar. 
Alih Langkah: 
Menukar sesuatu usaha kepada usaha yang lain. 
Aliran Zaman: 
Peralihan ataupun perubahan masa. 
Ambil Angin: 
Bersiar-siar kerana berehat, sesudah bekerja atau belajar. 
Ambil Bahagian: 
Menyertai sesuatu pergerakan secara aktif. 
Ambil Hati: 
1@ Bersikap atau bertindak untuk menyukakan hati seseorang. 
2@ Merajuk dan menaruh perasaan marah terhadap seseorang. 
Ambil Langkah: 
Melakukan sesuatu tindakan secara baik bagi menjayakan sesuatu. 
Anak Air: 
Sungai kecil.
Anak Dagang: 
1@ Orang asing.
2@ Orang yang berdagang atau merantau. 
Anak Kapal: 
Kelasi.
Anak Tempatan: 
Anak kampung atau anak negeri sendiri. 
Angin-Angin: 
Desas-desus tentang sesuatu peristiwa yang belum pasti kesahihannya.
Angin Lalu: 
Pesan ataupun khabar. 
Angkat Kaki: 
Melarikan diri dari sesuatu tempat kerana sesuatu hal atau perkara. 
Angkat Mata: 
Rasa bebas atau lapang ( setelah selesai mengalami sesuatu kesukaran). 
Angkat Muka: 
1@ Menunjukkan keberanian dan tidak berapa takut kepada sesiapa. 
2@ Berbesar diri. 
Angkatan Muda: 
Golongan muda-mudi yang berfahaman moden. 
Antarabangsa: 
Sesuatu yang bersangkutan di antara satu bangsa atau negara dengan 
bangsa atau negara lain di dunia. 
Atas Angin: 
Negara-negara di sebelah Barat. 
Atas Pagar: 
Orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan 
(baik pertubuhan, parti politik mahupun individu). 
Ayam Wangkang ( Ayam Raga): 
Seseorang yang bukannya ahli di dalam sesuatu perlawanan atau 
bukannya peserta di dalam sesuatu pertandingan. 
Ayat Allah: 
Ayat-ayat suci al Quran. Tanda-tanda dan bukti-bukti kekuasaan 
Allah s.w.t. di alam semesta ini. 
#### Peliharalah Bahasa Ibunda Negara Kita (Bahasa Melayu), 
agar IdentitiNya tidak Luput dimakan keModenan zaman. ####
hangtuahcutelegacy.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..
No comments:
Post a Comment