Gadisss Itu Suciii...^^..
Gadis yang masih suci mempunyai dahi yang licin. Gadis yang suci 
serta tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya 
berwarna kemerah-merahan dan jika disentuh hujung hidungnya 
nampak merah. Gadis yang suci matanya berseri-seri dan tidak ada 
warna hitam, lebam atau kedutan. Apabila gadis itu ketawa, di bawah 
kelopak matanya tidak terdapat apapun, seperti kedutan, garis dan 
sebagainya.
Gadis yang belum pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah 
jambu dan tidak ada garis lebam (bengkak) atau hitam di sekitar 
bibirnya. Bibir gadis yang tidak pernah dicium tidak kelihatan pucat 
dan bibirnya licin serta basah. 
Gadis yang suci, bila berbicara disekitar pipi kanannya maupun kiri 
cepat berpeluh, dan peluhnya akan keluar walaupun berada 
di tempat yang sejuk. Peluh yang dimaksud mungkin tidak nampak 
kecuali dilap dengan tisu. Gadis yang suci, kedua telapak tangannya 
sangat halus dan licin. Kadang-kadang urat-urat pada kedua telapak 
tangannya tersusun rapi dan halus seperti benang. 
Ramai gadis atau wanita yang tidak mengetahui rahsia tentang 
kejelitaan mereka terletak pada pipi. Pipi yang lembut, tidak 
berjerawat serta sentiasa berseri akan memperlihatkan kejelitaan 
si gadis. Sudah tentu semua gadis menginginkan pipi mereka tidak 
berjerawat, gebu, kemerah-merahan dan menampilkan keayuan 
kerana kelembutan pipinya. 
Mengikut kajian, jika pipi gadis itu licin, gebu dan kemerah-merahan 
serta tiada langsung kesan memakai peralatan solek seperti pemerah 
pipi, bedak atau cecair pelembab muka, bermakna gadis itu masih 
suci. Gadis yang berdara selalunya tidak suka mengenakan make up. 
Terdapat juga gadis yang masih suci suka bermake-up, tetapi cara 
mereka bermake up tidak terlalu menonjol seperti seseorang yang 
ingin memikat lelaki (memakai bedak dan pewangi ala-ala kadar 
sahaja, sekadar ambil syarat sahaja)
Pada raut pipi gadis yang masih suci, kelihatan merah apabila 
disentuh lelaki yang bukan muhrim. Terkadang raut wajah mereka 
menjadi merah apabila berbual atau berhadapan dengan lelaki. 
Mereka agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan lelaki. Jika 
seseorang itu mempunyai lesung pipi, lesung pipinya kelihatan 
melekuk ke dalam dan terserlah kejelitaannya.
Itulah hikmahnya bentuk pipi yang menampilkan kejelitaan serta 
bukti yang menyatakan seseorang gadis itu masih suci. Tidak ramai 
yang mengetahui bahawa gadis yang cantik adalah gadis yang masih 
suci. 
Cara berjalan seorang anak gadis agak sopan sedikit, langkah kaki 
dan pergerakannya tidak panjang dan tidak tergesa-gesa dalam 
setiap tindakannya. Kalau gadis yang masih perawan, kemaluannya 
sentiasa tertutup rapat. Mengenali raut wajah seseorang gadis 
yang masih suci terlalu mudah dengan hanya sekali pandang sahaja 
berbanding penelitian secara jarak dekat, umpamanya pada tapak 
tangan. 
Penelitian secara terbuka kepada raut wajah gadis biasanya boleh 
dilihat dengan hanya melalui pandangan pertama sewaktu berkenalan 
dengannya, atau bertanya sendiri kepada rakan anda yang sering 
bertemu dengannya. 
hangtuahcutelegacy.blogspot.com
Norshahuddin Edited July 2014...^^..
No comments:
Post a Comment