Sunday 2 February 2014

Jenis Cinta ikut Sign Jalan...^^..

Jenis Cinta ikut Sign Jalan...^^..

DILARANG U-TURN @  Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan
berpatah balik. Buat sakit hati sahaja. Yakinlah kamu akan dapat
bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya...

JALAN DUA HALA @ Komunikasi dalam bercinta harus ada dua
arah. Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka
satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. Begitulah
berlaku sebaliknya...

SEDANG DALAM PEMBINAAN @ Hubungan kamu dan dia baru
sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula.
Laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan
terlalu memaksa dan terdesak. Jangan ungkit lagi masalah lama
dan mulakan pengalaman baru...

PEJALAN KAKI @ Biarkan si dia berlalu dan jangan terlalu
mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk
bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti...

JALAN BENGKANG BENGKOK @ Perjalanan hubungan kamu dan
dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Jangan mudah tidak tepati
janji...

JALAN SEMPIT @ Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin
melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak ansur pasti akan
menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan
masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya
mementingkan ego sendiri...

AWAS! JALAN BERBUKIT @ Hati-hati ! Hubungan kamu sedang
berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat
keputusan yang merugikan kamu. Fikirkan sebaik-baiknya, cuba
harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain...

JARAKKAN KENDERAAN @ Biarpun kamu berdua sudah
‘declare’ sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si
dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan
setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak
sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang
lain. Itu lebih bahaya !

#### Dan, Patuhilah keselamatan jalan raya...Ingatlah orang
yang tersayang...^^.. ####

hangtuahcutelegacy.blogspot.com
Norshahuddin Edited Jan 2014...^^..

No comments:

Post a Comment