Monday 6 October 2014

Petua Orang Kampung; Hilangkan Gastrik...^^..

Petua Orang Kampung; Hilangkan Gastrik...^^..

Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk
neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit
alkali

4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda, termasuk:

1@ Pisang
Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang
tinggi. Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut
untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi
dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang
disebabkan oleh asid gastrik. Pisang yang terlebih masak mempunyai
nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat
alkali. Bolehlah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk
kurangkan sakit gastrik.

2@ Susu sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan
pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.
Susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut. Susu sejuk pula
membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik. Bolehlah buat
banana milk shakes untuk legakan gastrik.

3@ Bunga cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik. Bunga cengkih
membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan
meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses
penghadaman. Bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut.
Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap
dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan
memberi sedikit kelegaan.

4@ Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan
keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum
air halia untuk kelegaan gastrik.

Selamat Mencuba...

hangtuahcutelegacy.blogspot.com
Norshahuddin Edited Oct 2014...^^..

No comments:

Post a Comment