Showing posts with label Kisah Moral. Show all posts
Showing posts with label Kisah Moral. Show all posts

Friday, 23 May 2014

Kisah Moral, Hadiah Bagi Kerja Keras...^^..

Kisah Moral, Hadiah Bagi Kerja Keras...^^..

Hari ini ialah Hari Sabtu. Tugas saya pada hujung minggu ini adalah
menolong ayah memesin rumput di sekeliling rumah. Saya hendak
menyiapkan kerja ini dengan cepat kerana banyak lagi perkara
menarik lain yang ingin saya buat.

" Bolehkah saya mesin rumput di bahagian depan rumah saja ?"
tanya saya kepada ayah. " Bahagian-bahagian lain tu saya akan buat
lain kali." Ayah saya datang menghampiri saya. 

" Jika kamu membuat sesuatu kerja itu, buatlah yang terbaik.
Kamu akan berasa bangga dengan hasil kerja kamu itu," kata ayah.
Saya tidak faham apa yang ayah katakan tetapi saya meneruskan
kerja saya.

Selepas beberapa ketika, saya mula nampak apa yang ayah maksudkan.
Halaman rumah kami kelihatan bersih dan menarik. Saya berasa ingin
melakukan kerja-kerja lain supaya halaman itu menjadi lebih cantik.

Saya pun mencabut rumput-rampai yang tumbuh di celah pokok-pokok
bunga. Saya terlalu asyik melakukannya hingga tidak sedar masa
berlalu. Emak dan adik saya datang untuk melihat apa yang saya
lakukan.

" Tak pernah saya lihat halaman rumah kita cantik seperti ini !"
puji adik saya. " Hasil kerja kamu sungguh menakjubkan. Emak tak
sangka kamu dapat membuat kerja sebagus ini !" kata emak pula.
Saya hanya tersenyum.

Jiran kami turut memuji hasil kerja saya itu. " Kerja kamu sangat
bagus," katanya. " Bolehkah kamu bersihkan halaman rumah saya
pula selepas ini ? Saya akan bayar upahnya."

Saya meneruskan kerja hingga ke petang. Saya menyapu, memangkas
pokok dan membersihkan longkang. Emak menyediakan segelas jus
buah-buahan untuk saya. " Minumlah dulu, rehat sikit. Kamu telah
melakukan suatu kerja yang mengagumkan." kata emak.

Saya duduk sebentar sambil melihat hasil kerja saya pada hari itu.
Saya berpuas hati apabila melihat halaman rumah kami yang bersih
dan cantik.

Apabila semua telah siap, emak dan ayah keluar ke halaman.
" Emak belum pernah lihat halaman kita sebersih ini ! Terima kasih
banyak-banyak, Paul. Kamu telah bekerja keras."

Kemudian ayah saya pula bersuara. " Sekarang ini, apa pendapat
kamu ?" " Betul kata ayah," jawab saya. " Memang susah untuk
melakukan yang terbaik tetapi hasilnya berbaloi. Jika saya mahu,
sekarang saya boleh membuat kerja-kerja ini dengan memperoleh
upah berupa wang !"

Mulai hari itu, saya sedar bahawa kerja keras memang ada
hadiahnya dan ganjarannya !"

### Hadiah untuk Kerja Keras, Friday untuk Mariko-Chan. ###

hangtuahcutelegacy.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..

Kisah Moral, menCipta Wang Dengan Usaha Keras...^^..

Kisah Moral, menCipta Wang Dengan Usaha Keras...^^..

Encik Zainal seorang petani. Dia mempunyai dua orang anak lelaki.
Seorang bernama Zali dan seorang lagi bernama Zaini. Pada suatu
hari, Encik Zainal membawa Zaini dan Zali ke kebunnya.

" Di Kebun ini terdapat banyak wang yang tersembunyi," kata
Encik Zainal kepada anak-anaknya. " Ada wang yang tersembunyi
di sini ? Saya tak percayalah ayah." kata Zali. " Saya pun tak
percaya," kata Zaini.

" Apa kata kamu gali seluruh kebun ini ? Jika kamu jumpa wang
itu, bahagikanlah sama rata," tambah Encik Zainal. Zali dan Zaini
berasa sangat gembira. " Sekarang kita boleh jadi kaya !" teriak
mereka.

Mereka pun mula menggali seluruh kebun itu tetapi masih belum
berjumpa dengan wang yang dicari. " Tak ada apa pun yang kita
dapat," kata Zali. " Saya rasa baik kita tanam sebarang tanaman
di kebun ini. Jika tidak, penat saja kita menggali," sambungnya.

Zaini setuju. Mereka pun menanam Jagung di kebun itu. " Kami
tak jumpa pun wang yang ayah katakan itu," kata mereka.
Encik Zainal tersenyum. Apabila jagung yang ditanam telah
mengeluarkan buah, Encik Zainal mengajak Zaini dan Zali
ke kebun sekali lagi

" Inilah wang yang ayah cakap tu," kata Encik Zainal sambil
menunjukkan setongkol jagung yang baru dipetik. " Kamu
boleh menjual jagung ini untuk mendapatkan banyak wang."

Encik Zainal berkata lagi, " Kamu akan mendapat wang hasil
daripada kerja kuat kamu. Ayah bangga dengan kamu berdua."
Zali dan Zaini berasa sangat gembira lalu memeluk ayah mereka.

### Pokoknya, Usaha keras dan Buahnya, berJaya. ###

hangtuahcutelegacy.blogspot.com
Norshahuddin Edited May 2014...^^..